sejarah kampung kok pasir

LOKASI DAN SEJARAH KG KOK PASIR 

Kampung Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15  kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu.  Keluasannya kira-kira 270 ekar. 
Dari Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan keretapi dan jalan sungai.
Kampung sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung Belian dan Kg. Berangan. Pada tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 % berbangsa Melayu dan beragama Islam. 
Latar Belakang. 
Mengikut sejarah orang tua-tua di kampung ini. Kampung Kok Pasir mula diterokai sekitar tahun 1830-an oleh dua beradik dari Negeri Terengganu iaitu Haji Che Yusof dan Che Hussin.
Haji Che Yusof meneroka tanah di kawasan Hutan Jambu dan Che Hussin meneroka tanah di kawasan Kampung Kok Pasir. Selepas itu ramailah orang lain yang datang mendiami kampung ini.  Mereka berdua membawa diri ke sini dipercayai merajuk kerana pertelingkahan keluarga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment